Assalamualikum WRT Dan Salam Sejahtera

Kepada Pembaca Budiman,

Terima kasih kerana sudi untuk singgah dan membaca dan mengikuti perkembangan kempen derma darah di sekitar Negeri Pulau Pinang. untuk pengetahuan anda semua, di Negeri Pulau Pinang terdapat 2 hospital utama yang membuat kutipan darah setiap hari iaitu Hospital Pulau Pinang bagi kawasan Pulau dan Hospital Seberang Jaya bagi kawasan Seberang Perai.

untuk post saya yang pertama sekali ini saya ingin menerangkan serba sedikit betapa sukarnya untuk mengekalkan darah pada tahap yang selamat agar dapat memenuhi permintaan penggunaan darah daripada pesakit2. Untuk pengetahuan semua Setiap hospital yang dinyatakan tadi mempunyai TEAM MOBILe iaitu team untuk keluar membuat kempen derma darah. Tidak kira di mana sahaja team ini akan pergi asalkan darah dapat di perolehi. Selama saya bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Awam Di hospital Seberang Jaya, saya sekarang tidak kekok untuk keluar masuk dari satu kuil ke satu kuil, satu gereja ke satu geraja, satu masjid ke satu masjid dan dari satu kilang ke satu kilang. Semua tempat yang menganjurkan kempen derma darah akan kami pergi.

Kadang tekanan untuk mengekalkan tahap darah pada satu tahap yang cukup untuk digunakan sekira berlaku kecemasan amat sukar sekali. Saya selaku PRO Tabung DArah terpaksa pergi ke hulu ke hilir untuk mendapat penganjur untuk mengadakan kempen derma darah. Memang ramai yang sudi dan rela membantu terutamanya Badan-badan NGO , persatuan Agama2 dan banyak lagi syarikat yang besar. Tetapi kesedaran di kalangan masyarakat kita tentang pentingnya menderma darah ini amat kurang sekali. Cuba bayangkan sekiranya ada saudara mara terdekat kita mengalami kemalangan dan terpaksa melakukan pembedahan yang menglibatkan penggunaan darah yang banyak. Di situ baru kita sedar betapa pentingnya menderma darah. Kita tidak tahu bilakah giliran kita. jadi sebelum apa-apa berlaku kepada kita lebih baik kita melakukan apa yang sepatutnya iatu menderma darah. Tidak malukah kita apabila telah selamat menjalani pembedahan tetapi kita tidak sedar bahawa kita telah di selamat kan oleh orang yang kita tidak kenali dengan menggunakan darah mereka sedangkan sebelum ini kita tidak pernah menderma darah.

Baiklah catatan ini adalah pengenalan saya mengenai menderma darah dan juga pentingnya kita menderma darah. oleh itu kepada saudara yang prihatin dan berhati mulia. seandainya anda tidak mampu untuk mendermakan wang ringgit, cukuplah sekadar andai mendermakan darah kerana ianya adalah lebih baik dan mulia dari mendermakan wang ringgit.

ok sebelum saya menutup tirai. kepada mana-mana persatuan mahuan badan NGO yang mempunyai ahli yang ramai tolong lah pihak kami untuk mengekalkan tahap darah di tabung darah pada tahap yang selamat. oleh itu mari lah kita sama membuat tekad dan menyematkan dalam diri kita “Setitis sumbangan sedetik kebahagian satu kehidupan”

Kepada mana2 pihak yang ingin mengadakan kempen derm darah boleh terus menghubung saya:

Mohamad Sahrizan

Pegawai Perhubungan Awam

Tabung Darah,

Hospital Seberang Jaya.

Tel: 04-3827163

hp: 016-8594261


DONATE YOUR BLOOD AND SAVE LIFE

0 Responses to "Selamat Datang Ke Laman Aktiviti Kempen Derma Darah"

Post a Comment